Tuesday 18 December 2012

!! Aku jaga aib ko !!

entry kali ini khusus buat bekas sahabat aku..

kalau kau baca entry aku kali ini, syukur sangat2... sebelum itu. aku mahu minta maaf sebab terpaksa bagi tau ko dengan cara macam ini.. aku tidak boleh hubungi kau lagi biar pun melalui FB or HP.. so, dengan cara macam ni je aku leh contect ko.. x payah risau, xda sepa pun kenal ko coz org2 tidak tahu siapa BEKAS SAHABAT aku ini dan cam na orangnya...

tadi, mama aku jalan p bandar n beli barang2 d pakwell.. kebetulan, mama aku terjumpa dengan mama kau.. so, mama aku pun tegur mama kau.. terus mama aku tanya sama mama kau kenapa kau tidak ambik peperiksaan baru2 ini?? mama kau jawab yang kau dah dapat masuk sekolah kejururawatan dan itu adalah peluang yang baik buat masa depan kau.. mama aku pun turut gembira dengar yang kau dah dapat sambung belajar...

lepas maghrib tadi, mama aku ceta semua ini sama aku.. aku sedih bila teringatkan kau.. kau lah satu2nya kawan yang paling banyak buat aku menangis dan wat aku makin jauh dari kau.. aku tidak mau fikir semua ini tapi apa yang aku boleh buat?? aku manusia biasa, hanya mampu berdoa dan mengadu semuanya sama Allah S.W.T..

mama aku tanya, kenapa kau boleh dapat sedangkan aku tidak?? aku diam jak, aku hanya jawab yang itu dah jadi rezeki kau.. aku bagi tau mama aku mungkin keputusan spm kau jauh lebih baik dari aku... aku jaga aib kau, macam yang kau cakapkan kat aku itu hari, cermin diri dulu dan jaga aib orang.. aku tidak mau buruk2kan kau depan mama aku.. biar la hanya aku dan Allah yang tau semuanya...

menitis air mata aku menaip entry ini.. apa lagi bila mama aku ungkit2 soal kau.. aku susah sgt mau tahan sebak di hatiku ni.. aku tidak tau kenapa setiap kali aku dengar orang sebut2 nama kau, aku cepat sedih.. mungkin sebab kau lah kawan yang selalu ada buat aku sebelum semua ini berlaku.. kau jugak selalu luahkan perasaan kau kat aku.. aku rindu kau, aku sayang kau tapi semua perasaan itu dah berubah menjadi kain yang tersangat2 kotor akibat masalah yang berlaku antara kita...

sory my ex-bestfriend capital L.. aku terpaksa katakan dengan sejujurnya yang aku tidak sayangkan kau lagi.. aku rasa, perasaan sayang aku kat kau dah berubah menjadi benci..!! sory to say.. aku jujur orangnya, aku tidak suka menipu orang dan terlalu egois n pentingkan diri sendiri...

lagi satu, aku tidak marah kat kau sebab kau dapat sambung belajar tapi aku marah di sebabkan sesuatu yang sangat2 menyakitkan hati aku yang telah kau buat sama aku.. aku harap kau sedar akan kesalahan yang kau buat itu.. satu jak pesan ku, jagalah hati sahabat baik kau dengan baik.. sahabat baik sukar sangat mau di cari.. 

dan jaga jugak perasaan orang.. kalau kita selalu mempermainkan perasaan orang, Allah akan balas semua itu sama diri sendiri 1 hari kelak.. Allah tidak penah tidur.. ingat itu..

doa aku, semoga kau dapat kejayaan d dunia dan akhirat dan sentiasa di lindungi Allah.. 

salam terakhir dari aku.. -bekas sahabat mu, dayah-

No comments:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...