Thursday, 21 November 2013

Angan-angan ingin ke PARIS!

.
 
Haiii! Salam pembaca blogger yang masih setia menanti dan membaca setiap entry terbaru dayah.
Semenjak dayah masuk dalam dunia IPT di UIMM dekat Melaka yang merupakan bandar bersejarah,
dayah dah jarang update status mahupun perkembangan terbaru dayah di blogger ni.
kesian blog dayah. dah lama tak dikemas kini. blog inilah yang setia dan selalu menjadi "Diary" hidup dayah. apa pun masalah mahupun kegembiraan yang dirasai, semuanya tercatat dalam Dunia Cik Hieydayah. okeyyy! tukar topik..

korang pasti tahu cerita sinetron "LOVE IN PARIS" yang sekarang mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia?? cerita ini memang menarik! sangat2 best! time kuliah, dayah tak de masa nak tengok cerita ni tau. tapi, sejak cuti semester ni, dayah tak pernah ketinggalan nak menyaksikan setiap episodnya. sampaikan sanggup tak keluar ke bandar hanya utk mengetahui cerita seterusnya seperti apa. hehehe.

sejak dayah menyaksikan cerita Love In Paris ni, hati dayah terdetik dan teringin sangat nak pergi ke PARIS! hahahaha. dah mula dah pasang angan-angan. tak salah kan if kita berangan-angan. asalkan angan-angan kita tue positif! hehehe, ^^v okey! insyaAllah! 1 hari nanti, andai Allah izinkan, dayah akan ke sana. tapi bukan sendiri, dayah nak pergi bersama keluarga yang tercinta. cheeewahhh! huhu.

haaa! tengok lah apa dah jadi kat blog dayah. gambar header pun dah ada paris, kat sebelah kiri ni pun ada gambar dayah dengan berbackgroundkan gambar paris! hahahaha! dah giler budak ni di sebabkan cerita tue.
 
cuti sem pun dah nak habis. hanya seminggu lebih je dayah kat rumah kesayangan dayah ni. bila dah start buka semester nanti, dayah akan mula sibuk, blog pun takde masa nak update apa semua. hanya fokus kepada study je! keputusan exam final pun akan diberitahu pada hari pertama buka sem! ya Allah, takutttttt sgt2 bila fikirkan results nanti. tak tau lah apa keputusan yang akan dayah dapat. sama ada usaha dayah selama ini membuahkan hasil atau sebaliknya. :(
doakan dayah tau!

okey lah, dayah penat dah nak taip panjang2. apapun, jangan lupa menyaksikan cerita Love In Paris di TV3! dan semoga angan-angan dayah nak ke Paris tercapai dan diberkati Allah SWT. Aaminnnn. hehehe, daaa. assalamualaikum. salam ukhuwahfillah.












 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...